Wednesday, October 14, 2009

~ Belonku ada 5 ~

Balonku - Indonesian Children's Songs - Indonesia - Mama Lisa's World: Children's Songs and Rhymes from Around the World

Shared via AddThis



bibik tengah hayun buai


" Belonku ada lima
..rupa-rupa warnanya
..hijau, kuning, kelabu,
..merah muda dan biru
..meletus belon hijau - 'dor!'
..hatiku sangat kacau
..belonku tinggal empat
..ku pegang erat-erat "

2 hari lepas, mamatok dan tokba bawak Dareen g breakfast kat KFC stadium...amboi2 makan macam org tua2.. mamatok cerita, lepas2 makan Dareen baru perasan ada banyak belon kat siling..dan2 tu gak mintak. nasib baik mamatok ada kenal sorang staff KFC ni. so leh la mintak satu.. belon warna pink.. kalu dak Dareen da jerit2 dah..

Balik rumah sibuk dok kelek la belon tu sana sini. Smlm maksu Lisha nak pinjam main skjp pun dia tak bagi. sampai dah kecut dah..pun kelek lagi bwk masuk buai.

...tadi mummy dengar bibik hayun buai sambil nyanyikan Dareen lagu ni..

Monday, June 29, 2009

270509 :: Dareen 1st Birthday

..dah sebulan lebih dareen masuk setahun. 26 hb mei 2009 aritu, kami buat kenduri doa selamat sikit utk mummy n utk celebrate birthday dareen skali. letih jugak..25 hb tu baru je balik dari kenduri cik fad kat putrajaya, balik Alor setar terus siap2 kemas rumah. nasib baik amik katering je. so, yang selebihnya buat lauk sikit2 utk top up lauk kenduri.

..jadi..kat bawah ni ada la sket gambar2 dareen tiup lilin..mummy dia yang sibuk tolong tiup. dareen tak pandai lagi. comel kan kek.. kak zue (wife abg jep) yang buat.. 'oreo cheesecake'..sedap tuu.. kalu nak tgk kek lain yang dia buat, buleh gi kat www.cekmekzue.blogspot.com. (cewah promo sket)





Sunday, May 24, 2009

240509 :: CIk Fad + Cik Ernie @ Putrajaya

24 mei 2009, cik fad n cik ernie sekali lagi disatukan kat dewan precint 9 putrajaya, lepas pada kenduri kat rumah cik ernie kat kulim tempohari. kami datang satu kereta dari alor setar, utk sama2 me-rai pengantin dengan sanak saudara dari jb.. jadi berkampung la kami kat puchong 2 hari sebelum kenduri aritu.

"selamat pengantin baru utk cik fad n isteri.. semoga jodoh berkekalan ke anak cucu".

kami sampai kat dewan sebelum pengantin berarak masuk. family yang lain suma da standby awal kat dewan. tapi since mummy, papa n dareen jadi org last yang tinggalkan rumah , kami sampai lambat sket laa. so jumpa mamatok ngn tokba kat dewan aje la. dareen 1st time pakai baju kurung aritu. tapi tak sempat nak amik gambar dia.

dalam pukul 2 dareen da mengantuk. so, papa bawak balik dareen gi rumah uncle apit dekat2 situ, utk tidokan dulu. mummy sambung stay kat dewan sebab ramai lagi tetamu yang datang utk disambut.. hai letih tak ingat..malam tu balik rumah, pengsan awal la kami


gambar pelamin


amik gambar adik beradik


pengantin baru


kak dani : flower girl of the day

Monday, March 2, 2009

Dareen Bertudung Hitam


Mummy blik2 keje ptg td, tkejut tgk anak palestin mana la..rupa2nya dareen. Ni tokba la pakaikan ni. Pandai pulak xmo bukak2..

Wednesday, February 4, 2009

Langkawi Trip 2009

15 Januari 2009
papa, mummy n dareen gi office trip ke Langkawi. Kami bertolak dari AS ke Kuala Perlis utk amik Feri ke sana. Alhamdulillah lalu ikut K. Perlis, laut tak teruk sangat beralun.. kalu dak mau nya muntah dalam tu. 

Ni 1st time dareen naik feri..so..jakun la sket kan..dia takmo dok diam dalam tu..kejap bangun, kejap nak baring, kejap puting terjatuh, pastu nak mainan pulak..isyy naik mabuk dibuatnya..da la dok jauh dari papa, nak pas2 dareen pun payah..last2 tgk mummy da tak larat dgn dareen, papa dtg amik. Papa tadi da makan ubat mabuk, so dia rileks la sket.. bila da lega sket tu, mummy jeling2 dareen buat apa kat blkg.. dia dok sket punya sopan ngn papa dia.. ooo tadi bukan main lagi..

Sampai kat Duty Free Langkawi, suma org da letih. sementara tunggu bas, kami dok minum kat kedai mamak sambil makan roti yang papa beli kat Bread Story td. Dareen pun lapar rupanya..sibuk dia nk jugak roti..so bagi la dia sket roti yg hancur2..makan punya makan, kami tak sedar dareen tak telan pun roti2 tu..dok tersekat dalam mulut, last2 dia terus termuntah kat situ. nasib baik jugak dia muntah..kalu tercekik lagi la haru. lepas bersih2kan dareen, cucikan muka dia, baru la nampak ceria sket.

Bas da sampai utk bawak kami ke hotel. kami tinggal di Mali Best di Pantai Cenang. syok juga dok situ, pantainya cantik..putih melepak. tapi byk obor2..org putih yg berjemur pun byk, so sapa2 yg suka cuci2 mata..pantai cenang ni recommended la hehe

Malam tu takde pape aktiviti. penganjur suruh rehat je. kat bilik dareen da tak keruan da. letih sgt dia agaknya. dari masa dinner tadi dia merengek..sampai je bilik terus meraung.. mummy ngn papa punya la panik. jarang2 dia mengamuk mcm tu skali.. kejap mummy dukung, kejap papa pulak..tak tau nak buat apa. nasib baik sempat mandikan dia ptg tadi, at least dia segar sket walaupun badmood. dekat sejam dia mengamuk tak berenti. last2 papa pasang lagu, dia tertido sendiri kat bahu mummy..huii nasib baikk... cepat2 letak dia atas katil. mummy pun tak sempat makan lagi, last2 makan nasik tapau dalam bilik. lepas tgk tv, kami pun tido..rehat la dulu..sok ada aktiviti lagi..zzzzz

16 Januari 2009
pagi ni kami breakfast kat hotel. lepas tu, sementara tunggu bas sampai kami ramai2 dok kat tepi pantai sambil amik2 gambar.



..mummy + dareen








..papa + dareen









..abg min + etot









..anak-anak dara berposing sakan









..Abg Min + Family









..Faiz + abg hishamudin berborak2 di tepi pantai











Bas da sampai. Agenda mula2 skali: lawatan ke tempat jual kain batik


tu dia...rambang mata nak pilih











Lepas tu, kami gi tempat proses gamat pulak. kat sini mummy tak turun. sebab dareen da selamat tertido atas mummy. so papa je trun ngn org2 lain


..dekat sejam stgh mummy dok pose macam ni je..lenguh you..











Lepas tu kami terus gi Underwater World Langkawi. dalam hati, dareeen mesti syok nk tgk ikan ni.. tapi dia baik punya tido tak bangun2 lagi.. sesampai je kat parking..tup2 dia bangun..timing baik je. kami pun cepat2 siap nak turun. Jom..!


..kat pintu masuk 









..tgk swan dua tiga ekor.. Swan? = Underwater World?









..ada penguin macam dalam citer Happy Feet tu









..ikan pari besar pun ada










..papa ngn dareen









..dareen lapar. tumpang duduk kat kedai souvenir utk bagi minum susu









Lepas melawat2, kami di bawa gi lunch kat Restoran Kg Siam (kat sebelah Underwater World tu je. makanan dia sedap jugak. cuma takleh makan ngn tenteram sebab dareen seperti biasa, akan mengamuk bila dah letih. so mummy ngn papa kena makan cepat2 n bergilir2..kelam kabut jugak la.. lepas makan, suma org dok rest jap kat meja makan memasing smntara tunggu bas sampai. tapi dareen da takleh dok lama lagi dah..last2 kami kena balik dulu. nak naik teksi macam dekat je dengan hotel. last2 kami decide jalan kaki. sekali tu jauh da..punya la menapak tgahari buta tu..balik bilik terus rasa nak demam. nasib baik sampai bilik dareen terus lena..mummy ngn papa pun apa lagi..tido la sama zzzz

hari2 seterusnya tak banyak amik gambar. cuma kat bawah ni ada la scene2 kat pantai ngan dareen hehe


..on the way nak ke tapak sukaneka









..dareen 1st time main pasir pantai









..anak2 teruna, kecuali abg min tu la kan..hehe 

Anak Papa
















Lama dah mummy amik gambar ni..tapi baru sempat nak upload. Masa ni, tengah proses nak tido kan Dareen. Dalam pukul 8 mlm dah kena bawak naik ke bilik, sebab Dareen da mula bising n merengek. tapi bila da masuk bilik, bukannya nak terus tido..dia main pulak se-round..sepah pape patut, turun naik tilam, (katil da bukak, sebab dareen suka sgt terjun bawah hehe)..lepas main dekat setengah jam, baru la dia mau tido..

Tuesday, January 20, 2009

Utk Linie


Tgk dulu k..tqss

Friday, January 16, 2009

Langkawi Trip


Lunch kat Restoran kg Siam

Langkawi Trip


Mr Patrick - the starfish. Underwater World

Thursday, January 15, 2009

Langkawi Trip


Dareen happy first time naik bas

Langkawi Trip


Dear all.. Kami skang ni ada kat Langkawi. Ada holiday trip office. Ni br smpei.. Dareen lasak pulak dalam feri tadi..sampai mummy rasa nak termuntah.. tak tahan, pass kat papa la pulak. Balik dari cuti nanti, mummy upload gambar lg. Kak long jgn jeles, kitorg ada kat tempat idaman u ni..hehe

Monday, January 12, 2009

Cuti Krismas 2008 @ Puchong


Dareen ngn atok

Cuti Krismas 2008 @ Puchong


Sblm btolak balik AS

Dareen + steering wheel


Mcm ni la dia..everytime bwk keluar, da xmo dok ngn mummy dah..asyik nk pulas steering je. Kalu xdpt dok situ, da pandai marah2 pulak tu..ayayaya

Friday, January 9, 2009

Mummy ngn Dareen.


Mummy suka gambar ni. Mcm dlm iklan pulak..hehe perasan

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha -1st day

Assalamualaikum..
Tahun ni macam tahun lepas jugak, kami beraya haji di Alor Star. Raya pertama bermula macam biasa, bangunkan Dareen untuk mandi sunat raya sementara orang lain pegi semayang raya kat masjid n surau. Baju kurung yang Nyai-ngah(johor) jahitkan belum muat lagi dgn dareen, sebab besar sket. maybe raya puasa tahun depan da buleh pakai. Jadi, mummy pakaikan dulu dress yang tokcikNapi bagi, kalu lambat sket lagi mesti sendat.
Rupa-rupanya mama, abah, anep, kakli n family balik johor raya ni..hmm mesti syok raya sana. selalunya, raya haji kat puchong takde aktiviti sangat..sb korban buat dekat surau. tapi kalu balik johor meriah laa..banyak aktiviti masak2 - ketupat, buat lontong, lepat nasi, ayam masak merah+masak kicap, serunding kelapa campur daging, sambal goreng, sambal goreng pengantin, sambal kacang..wahaha..byk betul makanan.. tahun ni pulak ada resepi baru cik julie - kentang goreng magerita..ntah mcm mana la rupanya..hehe
tadi kakli call bitau ada buat tahlil lepas zohor nanti utk Yai.. hmm dulu masa ada Yai lagi syok..mesti malam raya tu ramai2 pakat cucuk sate utk dibakar masa siang raya
Tapi raya kat alor star ni pun syok jugak sb pakcik buat sendiri korban. 1st raya tu kami mengunjung umah pakcik. tengok wan ngn mak. pastu makan ketupat palas yang cu bawak, cicah pulak ngn gulai makcik. Lunch tengahari, prepared by makcik n maktam - featuring : siakap goreng masak asam, sayur campur, gulai ikan, sambal belacan (papa yang tumbuk), apa lagi ye..lupa pulak..hehe
..petang, depa2 ni main pingpong.. tengah2 dok tgk pingpong, dareen muntah pulak..sejuk perut gamaknya meniarap lama2 atas lantai. sian dareen, pukul 3 da kena tukar baju tido. tu je baju yg tinggal sb baju bersih abih. mummy cakap kat papa, kalu tido umak tokcik malam ni syok jugak.. rasa sket macam malam raya.. papa pun macam ok,.. yiehaa..
1st day - Semua baru sampai..dok lepak2 dulu tanya khabar


..penyek agaknya peha tokcu, kena riba budak2 cinonet berdua ni



Dareen ngn mummy amek gambar (nampak mcm kurus pulak mummy dlm gambar ni kan..kan?!)



Ada pulak yang berkumpul kat atas..wat apa tu?



laa...tgk Naruto?!!



...muka happy Dareen hari ni (sebelum muntah..hehe)

Wednesday, December 3, 2008

03.12.2008 - HAPPY BIRTHDAY, PAPA


Lots of Love from both of us, muahs2


animations
happy birthday PAPA

Monday, December 1, 2008

**HAPPY 2nd ANNIVERSARY to us**

Hari ni genap 2 tahun mummy n papa hidup bersama suami isteri.Dalam 2 tahun ni jugak la sikit sebanyak pahit manis hidup berumah tangga kami dah tempuh. Harap2nya, tahun demi tahun..dengan izin Allah, ikatan kita makin kuat, saling menyokong antara satu sama lain dan lebih menerima kekurangan dan kelebihan masing2.. Hadiah paling bermakna untuk anniversary kali ni..?..mestilah DAREEN !! oh ye..kat bawah ni mummy ada attach video clip yang mummy buat masa baru2 lepas kawen dulu ahakss..masa tu jiwang karat lagi..hehe.. enjoy le ye..
video

Sunday, November 30, 2008

Dareen hari ni


Dareen ngn kak sabrina. Dia cukup suka tgk gambar kucing bling2 kt bj sabrina. Dr tadi dok kejar sabrina n nak kopek bling2 kt baju tu

Dareen hari ni


Senyum je tgk kak sabrina

Family Dinner @ Old Village





Smlm g mkn ramai2 kt restoran yg agak2 br jgk bukak, kt area jln dato kumbar, alor star. Tempat dia cantik, tepi sungai kedah. Tmpt mkn ditempatkan bwh bumbung kayu comel2. Kalu kt sungai tu ada perahu dok pi mai, mesti lg syok. Smlm auntie ina; sepupu mummy dr kelantan pun join skali. Biasanya time ni dareen da nk tdo, tp kena paksa kuar gak sb xda org nk tgu kt umah. Jd, da xkeruan la sb ngntuk. Masa mummy amik gambar ni pun, jenuh nk bg dok diam tp xdpt2

Sunday, November 16, 2008

:: tagged by aishah and kak long ::

starting time : 3.26 pm

Name : Lydiana

Sister : yes , 1

Brothers : 2 younger brother

Shoe size : 7 (masa pregnant haritu pernah sampai saiz 9 haha)

Height : 167cm..?? rasa2 nya laa..lama tak ukur ;)

Where do you live : Taman PKNK, Alor Star, Kedah

Have you ever been on a plane : Yes

Swam in the ocean : Never.. Takut lemas + tak pandai berenang

Fallen asleep at school : masa sekolah jarang2. Sb cikgu garang. Masa kat U, selalu..sb lecturer tak marah hehe

Broken someone's heart : Pernah.. masa form 4.. tak sangka boleh effect that someone sampai mcm tu sekali. Sejak tu, tak berani nak main2 dah kalu tak betul2 suka

Fell of your chair : Pernah..tapi tak ingat bila. yang pasti, tiap kali jadi menda2 yang memalukan, slalunya akan pretend tak sihat.. sakit kepala la, apa2 la.. so org nak gelakkan pun xjadi, sb kesian ..

Sat by the phone all night waiting for someone to call : tak kuasa nak tunggu.. baik tido..lg pun mmg senang terjaga kalu hp bunyi

Saved e mails : yang penting2 je. lagi satu email yang jenis2 nasihat - suka simpan.. utk mengingatkan diri sendiri

What is your room like : bilik skrg ke..? hehe serabut sket kalu hari2 bekerja. yang pasti, kat lantai kena clear.

What's right beside u : Handphone

What is the last thing you ate : Nasi Goreng Biasa + Telur Goreng (order kat kantin bwh ni je)

Chicken Pox : Pernah. Masa standard 3. Masa tu cuti sebulan, sb mula2 kena demam campak 2 minggu..baik campak, kena chicken pox pulak..huhu

Sore throat : Jarang2

Stitches : 2 kali -
1st time masa darjah 4. balik dari sekolah agama naik bas. masa da nak sampai umah, pakcik bas da slow, aku lak terus terjun bas..nak cepat la konon..skali tergolek kat jalan..hambik..kena jahit kat siku..hehe

2nd time - masa deliver dareen. kena c-sect. kat dlm OT da rasa macam grey's anatomy lak..

Broken nose : tak pernah.. Alhamdulillah..

Do you believe in love at first sight : Percaya

Like picnics : Suka! esp kat tepi air terjun.. sejuk je.. tak kena panas matahari sangat.. pastu bawak pulak sandwich ke..bihun goreng ke .. ;)

Who was the last person you dance with : dengan dareen.. masa tu dia tgh bad mood..konon nak menghiburkan dia la nih..

Last made you smile : Dareen. smlm dia buat2 nangis.. tapi takjadi. so kitorang dok perati je + wondering dlm hati 'budak ni nangih ke gelak'..

You last yelled at : tak nak ingat dah menda2 yang tak best tu :(

Today did you ..
Talk to someone you like : yes
Kissed anyone : yes
Get sick : yes, slight fever
Talk to an ex : No
Miss someone : Yes..Qamra Dania. My sister little missy. baru je call dia tadi.. dok sibuk tanya.. "mak ngah bila nak datang sini..?"

Who do you really hate : Org yang suka merendah2kan org lain + yang suka menjatuhkan air muka seseorg depan org lain + lepas tu tak reti berbudi bahasa, cakap ikut sedap mulut je ( ada tau, org yg combination semua ni..!)

Do you like your handwriting : depend guna pen apa. Kalu guna ballpen, tulisan nampak cantik sket. so suka gak laa

Are your toe nails painted : no

Whose bed other than yours would you rather sleep in : None. Prefer yang ada skrg

What colour shirt are you wearing now : Pink

Are you friendly person : Depend on initial observation

Do you have any pets : Takde. Lagi suka main daripada membela

Do you sleep with the tv on : No

What are you doing right now : patutnya kena check fail utk audit next week. tapi, dah kena tag ni..hehe layan je

Can you handle the truth : tak pe laa. pahit sket. asalkan tak tipu blkg..

Are you closer to your mother or father : mother

Do you eat healthy : selalunya x bjaya.. tapi cuba gak..nak cpt kurus nih

Do you still have pictures of you and your ex : rasanya takde

If you are having a bad day, who are you mostly like to go to : ..depends

Are you loud or quiet most of the time : bergantung pada keadaan

Are you confident : ya, pada perkara2 yang i aware of..

5 things i was doing 10 years ago :
* masuk UTM - 1st year Architecture
* Dip. + Bach. in Architecture
* Government panggil kerja ngn JKR
* got married ..hehe
* pindah dok Alor Star

Things i would do if i was a billionaire :
* gi jalan2 pusing dunia
* buat fund utk anak yatim
* bwk family ramai2 g umrah/haji
* bukak spa center

5 of my bad habits :
* buruk sangka
* tak sabar
* cepat melenting
* degil.. (sket je, hehe)
* sensitif

5 places i've lived/living :
* Sri Melaka, Cheras
* Presint 16, Putrajaya
* Kg Sri Aman, Puchong
* Taman U, Skudai ; Jalan Persiaran ... (tak ingat..)
* Taman PKNK, Alor Star (skrg)

People i tag :
* anep
* kak long
* ina
* torot
* bibi

Friday, October 24, 2008

Raya Deepavali di Puchong

Oleh sebab tak dpt balik beraya puasa dgn Oma n Atok tahun ni..so kita balik raya Deepavali je la..aammmaakk ;p

seawal 5.30 pagi papa + mummy + dareen da siap2 nak bertolak.. pagi tu dareen tak mandi, mummy bawak terus masuk kereta..kang sejuk pulak kan. dalam perjalanan tu ok la..dareen tak byk ragam. bila time tido je..mummy try letak dalam car seat (1st time la ni) nasib baik le awak ngn car seat tu ngam je..so mummy rehat la dgn sronoknya kat belakang hehe.. eh tak la..mummy teman papa sepanjang jalan tu, sian nanti ngntuk pulak dia


amboi.. syoknye dia


muka baru bgn tido


gelak2 bila mummy geletek kaki

Wednesday, October 22, 2008

jalan2 cari tosey



..at last berjaya jugak ke sini. daripada haritu mummy teringat nak makan tosey kat Haniffa, tapi setiap kali balik KL tak sempat nak singgah.Harini da plan baikk punya dengan auntie Ika. skang Haniffa da ada seating kat luar..ala-ala Bistro gitu..uwaahh ;p



tosey rawa yang dah half-way masuk perut..sedap dimakan dengan kuah chutney pedas kaler oren tu

Tuesday, October 21, 2008

STAR-Lrt


Skang ni mummy dlm lrt. Odw blik cheras. Tgk org dlm ni suma muka letih2. Td ujan lum brenti, redah aje la. Xlrt tgu da..takut blik lmbt pun ye gak. Da lama xblik lewat2 mcm ni kt KL.. Atok da tgu mummy kt LRT Cheras da ni. Nnti mummy nk tjuk gamba2 dareen kt atok. Mesti dia rindu. Dareen elok2 dok ngn papa mlm ni k. Luv u both muahs :-*

Jungle Fish Spa @ the Mall


Mummy masuk2 je kaki td, mak aii meremang bulu tengkuk..da la i ni penggeli. Tp nk try pya psl, tahan je la ;-).. Mummy start td pkul 6.05pm. Patut abis 6.35pm, tp da pukul 6.50 ni amoi tu wt xtau je..complimentary kot..hehe. Lgpun xda org lain. Nnti bebila dtg kl, mummy nk ajak papa dtg sini la..

Jungle Fish Spa @ the Mall


Abis kursus td, singgah lg the Mall..haha rasa mcm jakun lak, lama x trun kl.. Mummy jln2 lg dlm parkson. Ms nk kuar n g amik STAR-Lrt, tgk2 ujan pya la lebat kt luar..la cmana nk balik. Tgh dok menung kt tepi eskalator tu, skali mummy nmpak banner fish spa. Tgh ada opening promotion..Rm28/stgh jam. Amoi ni kata, kulit mati leh tanggal n jd lebih halus.. n elok juga utk blood circulation

Parkson @ the Mall


Ni la bj baru dareen. Leh pakai ngn suar yg auntie yeen bg aritu. Baby Poney tgh sale 50%.. Baby Kiko pun sama sale gak, cepat2.. ;-)

Bengkel @ PWTC


Mummy kursus kt sini dr pukul 9am smpei 4pm. Kursus Energy Efficiency in Bldg. Dah dkt ngn the Mall tu, apalagi, lunch hour mummy cabut la g Parkson. Mummy ada bli kan Dareen t-shirt ngn suar kecik hehe

Dareen Pagi ni


Senyum je..dareen xtau mummy nk tinggal dia arini

Wednesday, October 1, 2008

Gambar Raya Tahun Ni


Dareen Adani


mummy n Dareen


One whole family


family Tok Chik


family Tok Tam


Papa, mummy n Dareen


papa n mummy dgn mama n bapak


Bapak dukung Dareen yg da letih


Aktiviti Ptg Raya: Lawan Counter Strike - 'berjemaah'

*Pagi Aidilfitri*


Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan :: SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN ::

*Pagi Aidilfitri*


Dareen keletihan pagi ni. Lps mummy mandikan sunat aidilfitri dan pakaikan baju baru, dareen trus ttido. Suma org lain lum blik smayang raya lg. Xpala, tdo dlu k. Mummy nk bsiap jap. Selamat Hari Raya sayang - tahun ni 1st time kami beraya ngn Dareen ;-)

Monday, September 29, 2008

Rambut Raya

Arini mummy gi Salon RED 2 kat Pacific Mall, Alor Star. nak wat rambut raya..Ngalahkan anak pulak nak beraya kan.. ;) da lama da tak jaga rambut ni..sejak masa bersalin aritu dok terbiar je. jadi sekali sekala seronokkan diri sendiri rasanya elok jugak.

Start masuk pintu kedai tu jam 11.15 pagi sampai pukul berapa tau.. pukul 6.15 ptg..tuu diaa..naik kebas da punggung. macam balik kl tu..

Aturcara :
- Cuci rambut
- Trim
- High light
- Cuci
- Inner logic (ni dia kata utk protect rmbut sblm perm)
- Steam
- Digital perm
- Cuci lagi
- Sapu krim spa rambut
- Steam
- Cuci ..lagi
- dan at last..blow dry huhu