BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 4 February 2009

Langkawi Trip 2009

15 Januari 2009
papa, mummy n dareen gi office trip ke Langkawi. Kami bertolak dari AS ke Kuala Perlis utk amik Feri ke sana. Alhamdulillah lalu ikut K. Perlis, laut tak teruk sangat beralun.. kalu dak mau nya muntah dalam tu. 

Ni 1st time dareen naik feri..so..jakun la sket kan..dia takmo dok diam dalam tu..kejap bangun, kejap nak baring, kejap puting terjatuh, pastu nak mainan pulak..isyy naik mabuk dibuatnya..da la dok jauh dari papa, nak pas2 dareen pun payah..last2 tgk mummy da tak larat dgn dareen, papa dtg amik. Papa tadi da makan ubat mabuk, so dia rileks la sket.. bila da lega sket tu, mummy jeling2 dareen buat apa kat blkg.. dia dok sket punya sopan ngn papa dia.. ooo tadi bukan main lagi..

Sampai kat Duty Free Langkawi, suma org da letih. sementara tunggu bas, kami dok minum kat kedai mamak sambil makan roti yang papa beli kat Bread Story td. Dareen pun lapar rupanya..sibuk dia nk jugak roti..so bagi la dia sket roti yg hancur2..makan punya makan, kami tak sedar dareen tak telan pun roti2 tu..dok tersekat dalam mulut, last2 dia terus termuntah kat situ. nasib baik jugak dia muntah..kalu tercekik lagi la haru. lepas bersih2kan dareen, cucikan muka dia, baru la nampak ceria sket.

Bas da sampai utk bawak kami ke hotel. kami tinggal di Mali Best di Pantai Cenang. syok juga dok situ, pantainya cantik..putih melepak. tapi byk obor2..org putih yg berjemur pun byk, so sapa2 yg suka cuci2 mata..pantai cenang ni recommended la hehe

Malam tu takde pape aktiviti. penganjur suruh rehat je. kat bilik dareen da tak keruan da. letih sgt dia agaknya. dari masa dinner tadi dia merengek..sampai je bilik terus meraung.. mummy ngn papa punya la panik. jarang2 dia mengamuk mcm tu skali.. kejap mummy dukung, kejap papa pulak..tak tau nak buat apa. nasib baik sempat mandikan dia ptg tadi, at least dia segar sket walaupun badmood. dekat sejam dia mengamuk tak berenti. last2 papa pasang lagu, dia tertido sendiri kat bahu mummy..huii nasib baikk... cepat2 letak dia atas katil. mummy pun tak sempat makan lagi, last2 makan nasik tapau dalam bilik. lepas tgk tv, kami pun tido..rehat la dulu..sok ada aktiviti lagi..zzzzz

16 Januari 2009
pagi ni kami breakfast kat hotel. lepas tu, sementara tunggu bas sampai kami ramai2 dok kat tepi pantai sambil amik2 gambar.



..mummy + dareen








..papa + dareen









..abg min + etot









..anak-anak dara berposing sakan









..Abg Min + Family









..Faiz + abg hishamudin berborak2 di tepi pantai











Bas da sampai. Agenda mula2 skali: lawatan ke tempat jual kain batik


tu dia...rambang mata nak pilih











Lepas tu, kami gi tempat proses gamat pulak. kat sini mummy tak turun. sebab dareen da selamat tertido atas mummy. so papa je trun ngn org2 lain


..dekat sejam stgh mummy dok pose macam ni je..lenguh you..











Lepas tu kami terus gi Underwater World Langkawi. dalam hati, dareeen mesti syok nk tgk ikan ni.. tapi dia baik punya tido tak bangun2 lagi.. sesampai je kat parking..tup2 dia bangun..timing baik je. kami pun cepat2 siap nak turun. Jom..!


..kat pintu masuk 









..tgk swan dua tiga ekor.. Swan? = Underwater World?









..ada penguin macam dalam citer Happy Feet tu









..ikan pari besar pun ada










..papa ngn dareen









..dareen lapar. tumpang duduk kat kedai souvenir utk bagi minum susu









Lepas melawat2, kami di bawa gi lunch kat Restoran Kg Siam (kat sebelah Underwater World tu je. makanan dia sedap jugak. cuma takleh makan ngn tenteram sebab dareen seperti biasa, akan mengamuk bila dah letih. so mummy ngn papa kena makan cepat2 n bergilir2..kelam kabut jugak la.. lepas makan, suma org dok rest jap kat meja makan memasing smntara tunggu bas sampai. tapi dareen da takleh dok lama lagi dah..last2 kami kena balik dulu. nak naik teksi macam dekat je dengan hotel. last2 kami decide jalan kaki. sekali tu jauh da..punya la menapak tgahari buta tu..balik bilik terus rasa nak demam. nasib baik sampai bilik dareen terus lena..mummy ngn papa pun apa lagi..tido la sama zzzz

hari2 seterusnya tak banyak amik gambar. cuma kat bawah ni ada la scene2 kat pantai ngan dareen hehe


..on the way nak ke tapak sukaneka









..dareen 1st time main pasir pantai









..anak2 teruna, kecuali abg min tu la kan..hehe 

Anak Papa
















Lama dah mummy amik gambar ni..tapi baru sempat nak upload. Masa ni, tengah proses nak tido kan Dareen. Dalam pukul 8 mlm dah kena bawak naik ke bilik, sebab Dareen da mula bising n merengek. tapi bila da masuk bilik, bukannya nak terus tido..dia main pulak se-round..sepah pape patut, turun naik tilam, (katil da bukak, sebab dareen suka sgt terjun bawah hehe)..lepas main dekat setengah jam, baru la dia mau tido..