BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 28 December 2009

Damea -belah mulut














































Peristiwa ni jadi pada 12 september 2009. dalam 8 hari umur Damea. masa tu tokcik ngn tokcikVogue datang rumah. masa dareen dulu pun tokcik yang tolong belah mulut. orang kata, baby yang di belah mulut oleh org tertentu akan ikut sikit sebanyak sifat org tersebut. so, lebih baik org tersebut adalah dikalangan org berilmu, beriman dan beramal..insyaAllah..dengan izin Tuhan, dapatla tempias sikit2..

masa ni damea belum lagi dicukur rambutnya. jadi dapat dilihat ada sket2 kerinting disana-sini..hehe ikut papa dia la ni. mummy dia belum sempat mandi lagi masa acara dimulakan (alah dalam bilik je pun hahaha). oleh sebab tu, gambar mummy yang tak vogue tak disiarkan di sini..harap maaf..(ada ke org yang peduli?)

di hari kejadian juga diperhatikan tokcikVogue memakai selendang Yuna yang baru dibeli oleh beliau di Tesco mergong (selendang pun leh enterframe dlm citer ni,kan)..sebabnya..suka la pulak tgk kaler tu pada makcik.. (nasib baik makcik tak baca blog ni kalu dak mesti kembang semangkuk)

introducing..Damea Adani


da basi da entry ni.. damea da umor 3setengah bulan dah pun..baru nak upload cerita hehe. tapi tak kira..nak gak letak gambar dia baru lahir yang ala ala innocent gitu..

alkisah..Damea Adani lahir pada 4 Sept 2009. masatu pertengahan bulan puasa. nak tahan da tak boleh sebab dia da nak kuar sangat..so, mummy dia kena la ganti puasa dekat 18 hari tahun ni..huhuhu. since takde experience normal delivery sblm ni (dareen dulu lahir c-sect), so kali ni bila rasa sakit sket da ingat nak beranak dah.. padahal subuh tu masa gi hospital doc kata baru bukak 1 cm jek.. mula2 igt nak balik umah je dulu..tgu bukak besar sket..tapi doc mintak tgu sb dia nak induce. hmm..dah agak dah..kalu induce mesti sakit punyala mcm aritu.. so nak taknak..tgu jugak la..

dalam pukul 12 tghari, doc check lagi jalan buat kesekian kalinya..(ntah brape kali check pun dah tak ingat..sb dok sibuk tahan sakit)..tapi serius induce kali ni sakit sangat.. everytime contraction rasa naik kejung urat2 tangan, kaki. sangat sakit tak tertahan..rupa-2nya baru bukak 4 cm tuu...huhu tak tahan... doc advise utk tgu dalam 2 jam lagi, tgk mcmana. tapi tuan punya badan rasa tak mampu dah.. so dengan berat hatinya (berat hati ke senang hati..?)mintak utk C-SECT SKALI LAGI. masa tu, rasanya itula keputusan paling relieve skali. tapi..tak sedar rupa-rupanya nak jaga masa pantang dan tahun2 berikutnya lagi susah.. hmm tak apa lah..yang penting selamat..Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Tuhan ke atas kami. Permudahkanlah kami memelihara amanah-Mu..amiin

Wednesday, 14 October 2009

~ Belonku ada 5 ~

Balonku - Indonesian Children's Songs - Indonesia - Mama Lisa's World: Children's Songs and Rhymes from Around the World

Shared via AddThis



bibik tengah hayun buai


" Belonku ada lima
..rupa-rupa warnanya
..hijau, kuning, kelabu,
..merah muda dan biru
..meletus belon hijau - 'dor!'
..hatiku sangat kacau
..belonku tinggal empat
..ku pegang erat-erat "

2 hari lepas, mamatok dan tokba bawak Dareen g breakfast kat KFC stadium...amboi2 makan macam org tua2.. mamatok cerita, lepas2 makan Dareen baru perasan ada banyak belon kat siling..dan2 tu gak mintak. nasib baik mamatok ada kenal sorang staff KFC ni. so leh la mintak satu.. belon warna pink.. kalu dak Dareen da jerit2 dah..

Balik rumah sibuk dok kelek la belon tu sana sini. Smlm maksu Lisha nak pinjam main skjp pun dia tak bagi. sampai dah kecut dah..pun kelek lagi bwk masuk buai.

...tadi mummy dengar bibik hayun buai sambil nyanyikan Dareen lagu ni..

Monday, 29 June 2009

270509 :: Dareen 1st Birthday

..dah sebulan lebih dareen masuk setahun. 26 hb mei 2009 aritu, kami buat kenduri doa selamat sikit utk mummy n utk celebrate birthday dareen skali. letih jugak..25 hb tu baru je balik dari kenduri cik fad kat putrajaya, balik Alor setar terus siap2 kemas rumah. nasib baik amik katering je. so, yang selebihnya buat lauk sikit2 utk top up lauk kenduri.

..jadi..kat bawah ni ada la sket gambar2 dareen tiup lilin..mummy dia yang sibuk tolong tiup. dareen tak pandai lagi. comel kan kek.. kak zue (wife abg jep) yang buat.. 'oreo cheesecake'..sedap tuu.. kalu nak tgk kek lain yang dia buat, buleh gi kat www.cekmekzue.blogspot.com. (cewah promo sket)





Sunday, 24 May 2009

240509 :: CIk Fad + Cik Ernie @ Putrajaya

24 mei 2009, cik fad n cik ernie sekali lagi disatukan kat dewan precint 9 putrajaya, lepas pada kenduri kat rumah cik ernie kat kulim tempohari. kami datang satu kereta dari alor setar, utk sama2 me-rai pengantin dengan sanak saudara dari jb.. jadi berkampung la kami kat puchong 2 hari sebelum kenduri aritu.

"selamat pengantin baru utk cik fad n isteri.. semoga jodoh berkekalan ke anak cucu".

kami sampai kat dewan sebelum pengantin berarak masuk. family yang lain suma da standby awal kat dewan. tapi since mummy, papa n dareen jadi org last yang tinggalkan rumah , kami sampai lambat sket laa. so jumpa mamatok ngn tokba kat dewan aje la. dareen 1st time pakai baju kurung aritu. tapi tak sempat nak amik gambar dia.

dalam pukul 2 dareen da mengantuk. so, papa bawak balik dareen gi rumah uncle apit dekat2 situ, utk tidokan dulu. mummy sambung stay kat dewan sebab ramai lagi tetamu yang datang utk disambut.. hai letih tak ingat..malam tu balik rumah, pengsan awal la kami


gambar pelamin


amik gambar adik beradik


pengantin baru


kak dani : flower girl of the day

Monday, 2 March 2009

Dareen Bertudung Hitam


Mummy blik2 keje ptg td, tkejut tgk anak palestin mana la..rupa2nya dareen. Ni tokba la pakaikan ni. Pandai pulak xmo bukak2..

Wednesday, 4 February 2009

Langkawi Trip 2009

15 Januari 2009
papa, mummy n dareen gi office trip ke Langkawi. Kami bertolak dari AS ke Kuala Perlis utk amik Feri ke sana. Alhamdulillah lalu ikut K. Perlis, laut tak teruk sangat beralun.. kalu dak mau nya muntah dalam tu. 

Ni 1st time dareen naik feri..so..jakun la sket kan..dia takmo dok diam dalam tu..kejap bangun, kejap nak baring, kejap puting terjatuh, pastu nak mainan pulak..isyy naik mabuk dibuatnya..da la dok jauh dari papa, nak pas2 dareen pun payah..last2 tgk mummy da tak larat dgn dareen, papa dtg amik. Papa tadi da makan ubat mabuk, so dia rileks la sket.. bila da lega sket tu, mummy jeling2 dareen buat apa kat blkg.. dia dok sket punya sopan ngn papa dia.. ooo tadi bukan main lagi..

Sampai kat Duty Free Langkawi, suma org da letih. sementara tunggu bas, kami dok minum kat kedai mamak sambil makan roti yang papa beli kat Bread Story td. Dareen pun lapar rupanya..sibuk dia nk jugak roti..so bagi la dia sket roti yg hancur2..makan punya makan, kami tak sedar dareen tak telan pun roti2 tu..dok tersekat dalam mulut, last2 dia terus termuntah kat situ. nasib baik jugak dia muntah..kalu tercekik lagi la haru. lepas bersih2kan dareen, cucikan muka dia, baru la nampak ceria sket.

Bas da sampai utk bawak kami ke hotel. kami tinggal di Mali Best di Pantai Cenang. syok juga dok situ, pantainya cantik..putih melepak. tapi byk obor2..org putih yg berjemur pun byk, so sapa2 yg suka cuci2 mata..pantai cenang ni recommended la hehe

Malam tu takde pape aktiviti. penganjur suruh rehat je. kat bilik dareen da tak keruan da. letih sgt dia agaknya. dari masa dinner tadi dia merengek..sampai je bilik terus meraung.. mummy ngn papa punya la panik. jarang2 dia mengamuk mcm tu skali.. kejap mummy dukung, kejap papa pulak..tak tau nak buat apa. nasib baik sempat mandikan dia ptg tadi, at least dia segar sket walaupun badmood. dekat sejam dia mengamuk tak berenti. last2 papa pasang lagu, dia tertido sendiri kat bahu mummy..huii nasib baikk... cepat2 letak dia atas katil. mummy pun tak sempat makan lagi, last2 makan nasik tapau dalam bilik. lepas tgk tv, kami pun tido..rehat la dulu..sok ada aktiviti lagi..zzzzz

16 Januari 2009
pagi ni kami breakfast kat hotel. lepas tu, sementara tunggu bas sampai kami ramai2 dok kat tepi pantai sambil amik2 gambar.



..mummy + dareen








..papa + dareen









..abg min + etot









..anak-anak dara berposing sakan









..Abg Min + Family









..Faiz + abg hishamudin berborak2 di tepi pantai











Bas da sampai. Agenda mula2 skali: lawatan ke tempat jual kain batik


tu dia...rambang mata nak pilih











Lepas tu, kami gi tempat proses gamat pulak. kat sini mummy tak turun. sebab dareen da selamat tertido atas mummy. so papa je trun ngn org2 lain


..dekat sejam stgh mummy dok pose macam ni je..lenguh you..











Lepas tu kami terus gi Underwater World Langkawi. dalam hati, dareeen mesti syok nk tgk ikan ni.. tapi dia baik punya tido tak bangun2 lagi.. sesampai je kat parking..tup2 dia bangun..timing baik je. kami pun cepat2 siap nak turun. Jom..!


..kat pintu masuk 









..tgk swan dua tiga ekor.. Swan? = Underwater World?









..ada penguin macam dalam citer Happy Feet tu









..ikan pari besar pun ada










..papa ngn dareen









..dareen lapar. tumpang duduk kat kedai souvenir utk bagi minum susu









Lepas melawat2, kami di bawa gi lunch kat Restoran Kg Siam (kat sebelah Underwater World tu je. makanan dia sedap jugak. cuma takleh makan ngn tenteram sebab dareen seperti biasa, akan mengamuk bila dah letih. so mummy ngn papa kena makan cepat2 n bergilir2..kelam kabut jugak la.. lepas makan, suma org dok rest jap kat meja makan memasing smntara tunggu bas sampai. tapi dareen da takleh dok lama lagi dah..last2 kami kena balik dulu. nak naik teksi macam dekat je dengan hotel. last2 kami decide jalan kaki. sekali tu jauh da..punya la menapak tgahari buta tu..balik bilik terus rasa nak demam. nasib baik sampai bilik dareen terus lena..mummy ngn papa pun apa lagi..tido la sama zzzz

hari2 seterusnya tak banyak amik gambar. cuma kat bawah ni ada la scene2 kat pantai ngan dareen hehe


..on the way nak ke tapak sukaneka









..dareen 1st time main pasir pantai









..anak2 teruna, kecuali abg min tu la kan..hehe 

Anak Papa
















Lama dah mummy amik gambar ni..tapi baru sempat nak upload. Masa ni, tengah proses nak tido kan Dareen. Dalam pukul 8 mlm dah kena bawak naik ke bilik, sebab Dareen da mula bising n merengek. tapi bila da masuk bilik, bukannya nak terus tido..dia main pulak se-round..sepah pape patut, turun naik tilam, (katil da bukak, sebab dareen suka sgt terjun bawah hehe)..lepas main dekat setengah jam, baru la dia mau tido..

Tuesday, 20 January 2009

Utk Linie


Tgk dulu k..tqss

Friday, 16 January 2009

Langkawi Trip


Lunch kat Restoran kg Siam

Langkawi Trip


Mr Patrick - the starfish. Underwater World

Thursday, 15 January 2009

Langkawi Trip


Dareen happy first time naik bas

Langkawi Trip


Dear all.. Kami skang ni ada kat Langkawi. Ada holiday trip office. Ni br smpei.. Dareen lasak pulak dalam feri tadi..sampai mummy rasa nak termuntah.. tak tahan, pass kat papa la pulak. Balik dari cuti nanti, mummy upload gambar lg. Kak long jgn jeles, kitorg ada kat tempat idaman u ni..hehe

Monday, 12 January 2009

Cuti Krismas 2008 @ Puchong


Dareen ngn atok

Cuti Krismas 2008 @ Puchong


Sblm btolak balik AS

Dareen + steering wheel


Mcm ni la dia..everytime bwk keluar, da xmo dok ngn mummy dah..asyik nk pulas steering je. Kalu xdpt dok situ, da pandai marah2 pulak tu..ayayaya

Friday, 9 January 2009

Mummy ngn Dareen.


Mummy suka gambar ni. Mcm dlm iklan pulak..hehe perasan