BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 29 September 2008

Rambut Raya

Arini mummy gi Salon RED 2 kat Pacific Mall, Alor Star. nak wat rambut raya..Ngalahkan anak pulak nak beraya kan.. ;) da lama da tak jaga rambut ni..sejak masa bersalin aritu dok terbiar je. jadi sekali sekala seronokkan diri sendiri rasanya elok jugak.

Start masuk pintu kedai tu jam 11.15 pagi sampai pukul berapa tau.. pukul 6.15 ptg..tuu diaa..naik kebas da punggung. macam balik kl tu..

Aturcara :
- Cuci rambut
- Trim
- High light
- Cuci
- Inner logic (ni dia kata utk protect rmbut sblm perm)
- Steam
- Digital perm
- Cuci lagi
- Sapu krim spa rambut
- Steam
- Cuci ..lagi
- dan at last..blow dry huhu















Sunday, 28 September 2008

Buka Puasa - minggu 4

Semalam tengok Food Hunter kat ASTRO pasal nasi ayam.. da la bulan posa.. dan2 tingin nak makan.. kat sini jarang org juai nasik ayam untuk bulan posa, jadi..mummy ingat nak try masak sendiri..hehe 1st trial la nih..

Pagi ni awal2 lagi da bukak internet..nak surf resepi. So resepi asal dari http://wokkingmum.blogspot.com/.. ada la tambah tolak bahan lain sket2.. tapi sambal halia tu tak jadi..tak pueh hati betui..jadi kelam pulak kaler dia. yang lain2 ok. sila kan la jamu mata.. ;)














..wah, nasik cam kt kedai tuu..
















..ayam hainan
















ayam goreng istimewa.. hehe
















tu diaa, sedapnya nampak...cewah
(sebelah kiri tu, sambal halia yg xjadi)

Saturday, 27 September 2008

Baju Raya utk Papa

Tahun ni tak jadi beraya kat belah mummy..

Oma ngn Tok kena balik Kelantan, hantar gas utk Tok Mek. Aritu Tok Mek masuk hospital. Sakit lelah dia da teruk sangat. Inhaler da tak brapa buleh pakai. kena guna gas yang hospital slalu bagi tu. Since kampung jauh dari hospital, transport nak gi hospital pulak slalu susah nak dapat, jadi Oma tlg belikan gas tu utk spare kat rumah Tok Mek.. kot2 la tgh emergency, leh trus guna
.

Planning asalnya tahun ni beraya kat Johor. Jadi mummy da siap2 kan baju raya (yg bli kt SOGO aritu)kt rumah Cheras. So senang capai terus masa singgah KL sblm balik Johor nnti. Oleh sbb xjadi..mummy ngn papa g cari baju baru kt Pacific Mall sini je. Baju kaler purple. Mummy punya baju tak sempat nk amik gambar
















Tadi Uncle Man call. Sebelum balik Alor Star, dia buleh tlg amik kan baju raya papa yg kaler coklat kat Maroz Tailor, Wisma Yakin.. hm nak pakai baju mana ni.. nampaknya pakai kaler coklat gak la. Sbb kebetulan belah sini pakai kaler tu. Mummy kena beli lagi satu baju raya la ni..yiehaaa.. ;)

Tuesday, 23 September 2008

Dr Lim



"..Dr Lim, saya x lalu minum susu la.. ada tak minum lain yg sedap2 sket? Tlg bitau kt mummy ngn papa saya ok.."




"..mari Dr check u punya perut dulu.. Kalau ok, bukan susu saja, milo sama nescafe pun boleh minum..tp bukan sekarang, nanti bila u besar la, ok.."




"Dr check saya elok2 ya..kalu prestasi Dr ok, saya tak yah pegi kat klinik lain dah..nanti kita boleh berjumpa lagi..(psst..Dr ada cucu lelaki hensem tak?)"

Dareen's 4th Jab



Ptg ni mummy ngn papa bwk dareen ke KMC utk check up + suntik pneumococal (1st dose). Mamatok pakai kan bj kaler pink,so nampak la girl sket kan..(rambut da agak lebat,tp x pjg2 lg). Kelam kabut kuar umah td, sampai lupa nk bwk puting ngn mainan dareen. Kalu g inject, ada puting ngn mainan tu, dia relaks la sket..





Dareen skang ni mcm xbrapa ceria n senyap sket. Xtau la knapa.. Minum susu pun xlalu. Masa mandi pun dia tunduk bwh je tgk air. Kalu dak dia happy, siap terkuak2 kaki ngn tangan dia dlm air..mm naper ye..:-( risau mummy.. Xpa,jap lg kita crita kat Dr Lim k..

Sunday, 21 September 2008

Dareen n Mama Ana


Sok2 besar, dareen blaja ngn mama la mcm mana nk mekap..k ;)

Dareen n mummy lg



Thursday, 18 September 2008

Dareen harini



Friday, 12 September 2008

Jom Jamu Mata ;)
















..wah wah wah... jemputla makan..
Selamat Berbuka Puasa kepada semua yang membaca blog ni..

TESCO






Dareen g Tesco Mergong arini. Papa nk mkn spageti utk bbuka. Jd kami pun g la cari brg2 masak. Taktau la smpat ke idak. Ni da pkul 4. Dareen da ngantuk2 dalam troli. Letih tunggu kitorang yng tak abih2 beli barang.. Sblm kuar td, smpat call kaklong. Tanya bahan2. Lama xmsk, den lupo hehe..so kredit to kaklong ;-)

Sunday, 7 September 2008

Dareen Dah Meniarap Sendiri













Lepas beberapa trial..ni la baru mummy berjaya capai hp dan snap gambar. Kalu dak everytime Dareen meniarap slalu tak sempat capai kamera.

Skang da takleh tinggal Dareen sorang2..sebab bila meniarap sendiri Dareen tak pandai nak terbalikkan badan balik. jadi..kdg2 bila da letih, sampai nangis2. nak letak atas katil pun kena hati2..takut2 Dareen terjatuh ke bawah..

Saturday, 6 September 2008

Sabtu di Rumah Pakcik

















Pagi ni, mummy bwk Dareen ikut papa, mamatok n tokba g umah pakcik..nk menjenguk Wan yang tak berapa sihat..(aritu Wan kena mild stroke..sebelah kanan takleh gerak.. la ni dia da ok sket cuma dia jadi takmo bercakap :(

Makcik ngn pakcik pun da lama tak jumpa Dareen..so leh la jumpa kat sana nnti. Arini takde aktiviti makan2 mcm selalu..kan bulan posa..

Surah Ar-Rahman (ayat 1-4)

















Mummy baru dapat tahu dari kawan, yang surah ni cukup bagus untuk di bacakan kpd anak2 pada setiap hari di awal pagi, untuk anak cerdas belajar. Bacakan dan hembus pada ubun2. Untuk mummy2 lain..boleh laa amalkan pada anak masing2 ;)

Friday, 5 September 2008

Juadah Berbuka Puasa















Sepatutnya, esok mummy nk try masak utk berbuka..sb nk masak arini ada ingredient lagi yg tak cukup. Tapi bila tokba kata sanggup nak carikan sayur 'pak choy'dan lain2..mummy pun on je la nak ke dapur. So lepas tidokan Dareen pukul 3.45pm tadi, mummy dan yg lain2 pun mulakan kerahan tenaga.

Papa dari tadi da start kupas sengkuang cina utk wat wantan dumpling..paksu pulak beria nak tolong sama..hmm elok la buat reramai..cepat sket siap.. resepi ni mummy modify dari internet (ye la kan zaman IT ;) (dalam gambar; sup lobak putih - missing in action, papa tak sempat snap)

WANTAN GORENG
Bahan-bahannya
250 gram isi udang(cincang) dan ayam cincang
70 gram karot, disagat
90 gram sengkuang cina di sagat
setin cendawan butang di cincang
sikit daun bawang
½ sudu teh minyak bijan
garam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya
secukupnya kulit wantan
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Isi ayam + udang, karot, sengkuang, tepung jagung, minyak bijan, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih dicampurkan dan digaul hingga sebati.
2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan.
3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goreng sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan.

MEE WANTAN
1 gumpal mee wantan
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air rebusan ayam
secubit serbuk lada putih
secubit garam secukup rasa
gula secukup rasa

**sayur pak choy secukupnya, yang telah dicelur
**ayam di rebus secukupnya dan di carik2

Cara untuk Mee
Dalam periuk didihkan air, celur mee wantan. Kemudian angkat dan toskan. Celur pula dalam air sejuk. Angkat dan toskan. Campurkan sos tiram, kicap pekat, kicapcair, air rebusan ayam, serbuk lada putih, garam dan gula. Masukkan mee wantan dan gaul rata. Angkat dan hidangkan didalam pinggan bersama ayam yang di carik2 dan sayur pak choy.