BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 5 September 2008

Juadah Berbuka Puasa















Sepatutnya, esok mummy nk try masak utk berbuka..sb nk masak arini ada ingredient lagi yg tak cukup. Tapi bila tokba kata sanggup nak carikan sayur 'pak choy'dan lain2..mummy pun on je la nak ke dapur. So lepas tidokan Dareen pukul 3.45pm tadi, mummy dan yg lain2 pun mulakan kerahan tenaga.

Papa dari tadi da start kupas sengkuang cina utk wat wantan dumpling..paksu pulak beria nak tolong sama..hmm elok la buat reramai..cepat sket siap.. resepi ni mummy modify dari internet (ye la kan zaman IT ;) (dalam gambar; sup lobak putih - missing in action, papa tak sempat snap)

WANTAN GORENG
Bahan-bahannya
250 gram isi udang(cincang) dan ayam cincang
70 gram karot, disagat
90 gram sengkuang cina di sagat
setin cendawan butang di cincang
sikit daun bawang
½ sudu teh minyak bijan
garam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya
secukupnya kulit wantan
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Isi ayam + udang, karot, sengkuang, tepung jagung, minyak bijan, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih dicampurkan dan digaul hingga sebati.
2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan.
3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goreng sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan.

MEE WANTAN
1 gumpal mee wantan
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air rebusan ayam
secubit serbuk lada putih
secubit garam secukup rasa
gula secukup rasa

**sayur pak choy secukupnya, yang telah dicelur
**ayam di rebus secukupnya dan di carik2

Cara untuk Mee
Dalam periuk didihkan air, celur mee wantan. Kemudian angkat dan toskan. Celur pula dalam air sejuk. Angkat dan toskan. Campurkan sos tiram, kicap pekat, kicapcair, air rebusan ayam, serbuk lada putih, garam dan gula. Masukkan mee wantan dan gaul rata. Angkat dan hidangkan didalam pinggan bersama ayam yang di carik2 dan sayur pak choy.

3 comments:

kak long said...

wah..wah..wah...sedapnyer....leh la nanti buat utk kak long yerk....nampak sedap tuh..
bapak ok ka makan benda2 tuh...selalukan dia alergic makanan pelik2 nih..

Laflybee said...

hehe..bapak makan la jugak.. tapi tak la teruja macam makan gulai mama..hehe

papito said...

hahaha...paling sedap dumpling yang gue buat...huhuhuh.....menjilat kaki